|
Sebelum itu, kami di pihak Web Division meminta maaf kerana terdapat sedikit kelewatan dan kekurangan kemaskini tentang aktiviti SM Teknik Tawau. Ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan. Selain itu, disini saya ingin memberitahu kepada semua bahawa ini adalah Laman Web Rasmi SM Teknik Tawau . SM Teknik Tawau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan mana-mana laman web yang menggunakan nama SM Teknik Tawau selain dari domain ini. Anda boleh mengenalpasti dengan melihat URL dimana URL rasmi ialah http://smtekniktwu.edu.my serta http://subdomain.smtekniktwu.edu.my. Sekiranya anda terjumpa mana-mana web yang di subdomainkan selain dari subdomain SM Teknik Tawau adalah laman web yang dikategorikan sebagai scam . Disini, ada beberapa kemaskini yang berlaku sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini yang melibatkan SM Teknik Tawau. - Kejohanan MSSGT - Semua kejohanan MSSGT telah bermula. SM Teknik Tawau menjadi penganjur untuk acara bola sepak yang berlangsung dari 02-04-2009 sehingga 05-04-2009. Selamat bertanding kepada semua pasukan.
- Konvokesyen ke-9 - Konvokesyen kali ke-9 akan diadakan pada 04-04-2009, bertempat di Dewan Tun Ahmadsyah, SM Teknik Tawau. Selamat berkonvo.
- Mesyuarat PIBG - Mesyuarat PIBG dijadualkan akan diadakan pada 11-04-2009 bertempat di Dewan Tun Ahmansyah, SM Teknik Tawau. Kepada ibubapa, surat jemputan sedang dan telah diedarkan melalui para pelajar-pelajar. Diharap kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis tersebut.
Diharap info diatas akan dapat memberikan gambaran kepada anda tentang perjalanan aktiviti di SM Teknik Tawau. Sebarang kemaskini akan ditambah dari semasa ke semasa. Sekian Terima Kasih. |
|
|
Pendaftaran pelajar tingkatan 4 |
|
Senarai kemasukan telah diumumkan pada 10 februari 2009. Para pemohon boleh menyemak senarai kemasukan melalui laman web Kementerian Pelajaran di sini . Selain itu, para pemohon boleh datang terus ke SMTT untuk menyemak permohonan mereka. Pendaftaran kemasukan adalah pada 23 februari 2009 dan para pemohon diminta untuk melengkapkan butir-butir diri dan segala dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran. |
|
Seluruh warga kerja S.M Teknik Tawau mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Guru-guru akan mula bertugas pada 02 Januari 2009, manakala sesi persekolahan 2009 akan bermula pada 5 Januari 2009. |
|
|
|